Dec 9, 2016

Sebentuk Cincin


2015
Tahun ini dimana aku pasang niat untuk berumah tangga setelah mengenali seseorang yang Insan . Yang pada dasarnya, cantik dimata serta mempunyai hati yang agak cantik juga. Aku terima dia seadanyanya, walaupun serba serbi kekurangan di mata orang lain. Bulan 7, kali ketiga kami bertemu setelah berkawan hampir 5 tahun. Tanggal ogos 2015, aku dengan gigihnya membuat dua kerja bagi merealisasikan impian aku dan aku membeli sebentuk cincin untuk si dia. Kesanggupkan aku itu harap dapat membuahkan hasil. Perjalanan mengambil masa hampir 9jam dari Kuala Lumpur ke Kuantan (akibat tanah runtuh di Karak). Akhirnya aku member sebentuk cincin kepada si Dia… Dia terima lamaran aku tapi, lamaran itu hanya sebulan… Lalu dia berkata “ Anggap lah pertemuan ini satu pertemuaan sahaja, sebabnya saya tiada apa2 perasaan tentang awak” Aku redha, mungkin ada sebabnya dia dengan tiba2 berubah hati, Tapi setelah di selidik, aku tahu dia bermain cinta dengan sahabat sekolah lamanya.. Itu pun budak roommate dia yang beritahu kepada aku..






2016
Kini kau muncul lagi dan aku dengan rasa rendah diri memaafkan kesalahan kau buat kepada aku. Walapun kau tidak tahu mana aku tahu cerita sebenarnya. Lama kelamaan satu-satu cerita dibuka tentang dikau.. Aku dapat tahu melalui Keluarga engkau sendiri bagaimana dan mengapa. Tapi kali ini aku pasti, apa yang aku inginkan mungkin terjadi.
 Tapi Sayang, Perancang Allah itu lagi hebat dari aku sangkakan. Terjadi suatu perkara yang aku sendiri tidak menyangka bahawa itu akan terjadi kepada Family aku sendiri. Dan kau terpaksa aku lepaskan buat seketika. Lalu aku berkata :” Simpan cincin itu dahulu, jika ada orang yang awak nak kawen, kembalikan cincin itu kepada aku semula”
Tidak sampai beberapa bulan, kau hadirkan satu berita. Iaitu berita yang kau bakal berkawin dengan seseorang yang kau kenal dan mungkin hari ini 9/12/2016 atau 10/12/2016 menjadi saksi tarikh keramat bagi kehidupan dikau yang baharu. 
Harapan aku, agar dikau bahagia bersama si dia yang hadir tanpa kau duga.. Walaupun semuanya Nampak senang, bahkan Allah SWT lebih mengetahui apa yang ada dia Hadapan kamu dan di belakang kamu.



Cukup lah tahun ini sahaja aku telah kehilang tiga orang yang pernah aku cinta dan bertahta di Hati aku..




2017…
Cuma beberapa hali lagi, akan menglangkah dunia baru bagi tahun 2017. Dan tahun ini juga adalah tahun kehidupan baharu bagi diri aku sendiri… Tiada apa yang ku pinta untuk bahagia dia dunia selain kebahagian Ibu Bapa aku dan yang lain.







“Ya Allah, kau mengetahui sesuatu yang aku tidak mengetahui, Kau memiliki Ilmu yang sesuatu aku tidak tahu, Kau mengetahui apa yang ada di hadapa dan dibelakang aku..sedangkan aku tidak tahu.. Jika dia baik untuk aku dan Agama mu (Islam)ku. Maka kau permudahkan ia… Jika dia tidak baik bagi ku, masa hadapan aku dan Agama mu(Islam). Maka, kau paling lah ia daripada ku”

Itu sahaja pengharapan aku kepada Mu. Tuhan yang Maha Berkuasa.

#np I don’t Love You.. My Chemical Romance

Dec 5, 2016

Lumrah Hidup


Sabtu

5.30am
Pabila cuaca yang sejuk mencengkam tubuh dan memaksa diri untuk mencari pelinndungan selimut bagi menghangatkan badan.

6.00am
Masih dikatil dan berselimut dengan cuaca yang sayu dan dinggin. Dalam fikiran aku, berbahagi sama da mahukan kerja atau mahukan tido.. Dan aku memilih untuk pergi kerja..

10.30am
Setibanya kaki di Bandar Metropolitan lalu aku disajikan dengan Nasi Lemak Pak Hassan yang berdekatan dengan tempat aku mengambil Ilmu dahulu.  Iaitu UNIKL di Hati aku..



11.00am
Setalah masuk ke opis, aku terima dua panggilan dari dua orang sahabat. Satu dari Abu, seorang sahabat dan teman bermain bola dahulu kala. Dia meminta aku untuk menjadi Saksi bagi hari penikahannya nanti. Dan aku menjawap Okay… panggilan kedua pula dari sahabat juga yang pernah robek hati.. DIa berkata dia akan berkahwin pada this week iaitu pada 9-10dec ni. Dan dia akan pulangkan cincin pertunanga aku yang tak nyata di Alam Melayu tetapi nyata di sisi Agama. Cincin itu aku beli time aku buat double kerja sebab nak merealisasikan impian berumah tangga.. tapi dulu lah.

3.00pm
Jam sudah masuk pukul 3petang aku ada janji dengan abah nak bawak dia jalan,tapi awal lagi.. lalu aku membawa diri ke KL sentra (NU sentral ) Aku sendiri tak tahu kenapa aku pergi kesana.. Barang kali inginkan masa untuk keseorangan dan melihat gelagat manusia yang buta akan CInta. Tempat yg biasa aku lewati adalah H&M, dan MPH.. Bayak habiskan masa di MPH.. Bermodalkan langkah memenuhi minda dengan ILmu…

Masa Depan..
Aku cuma berharap pada Illahi, bukanya pada Manusia



Future, Love & Life

Assalamualaikum semua, barangkali lama sungguh tak buat entry kan? How your life? Better or worse?  Hari nie aku nak cerita 3 po...