Nov 20, 2014

Itu semua perasaan sahaja

Assalamualaikum semua, apa kabar? Alhamdulliah sihat hendaknya..... Ok aku dapat idea nak menulis blog semasa hendak pulang dari kerja... Tajuk simple dan isinya juga simple senang untuk pembaca faham.

Aku rasa, engkau juga berfikiran sama macam aku juga.. Selalu memikirkan benda negetif, tapi aku negetif yang dulu telah terkubur di masa lampau. (macam susah nak faham je). Aku bagi 1 situasi, dimana engkau juga akan terfikir. Pernah tak engkau fikir yang hidup ini susah? pernah tak kau terfikir yang kau ada Segulung Ijazah dan masih lagi menganggur tidak ada perkerjaan. Pernah terfikir?



Semestinya pernah bukan? Benda ini, semua graduan ijazah akan terfikir punya, percaya lah. Antara salah satu faktornya ialah REZEKI. Sebenarnya Ijazah, Diploma,SPM, Master and Kedoktoran itu hanya sehelai kertas... Yang tak ada nilainya jika berbanding dengan Ilmu.Pokok pangkalnya semua itu adalah REZEKI dari ALLAH SWT. Allah yang bagi Rezeki, ada je orang yang hanya ada SRP dan gaji dia sekarang 10K hingga 20K. Bukan sebab dia ada SRP atau pun Ijazah. Sebabnya itu Rezeki dari Allah SWT... Tak kisah lah berapa ijazah engkau pengang, cuma satu je. Percaya pada rezeki Allah itu. Kita tak tahu, apa yang Allah akan bagi kepada kita. Cara terbaik adalah Usaha dan Sabar. ok?



Jodoh, ada je diantara kita yang masih solo dan tidak mempunyai teman, (erti kata lain, tak Nikah lagi). Ini semua ada sebabnya, Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa di hadapan dan dibelakang kita. Salah satu sebab, mungkin engkau tak bersedia, mungkin engkau perlu berbakti kepada Ibu Bapa dan mungkin Jodoh engkau masih belum bersedia... Semua ada hikmahnya. Jadi, sentiasa lah berfikiran baik dan positif.

Ok lah, aku rasa disini saja luahan perasaan..  Sebenarnya ada je ada je lagi nak diceritakan.. Tapi takut pula, ada yang terasa hati..

Insyallah nanti kita bertemu lagi...

No comments:

Post a Comment