Jun 18, 2014

Kempen Kesedaran OKU

Assalamualaikum, beberapa hari lepas hati aku terdetik untuk membuat entry berkenaan Kempen Kesedaran kita terhadap Golongan Kurang Upaya (OKU)



Sepertimana yang kita tahu bahawa, golongan tersebut boleh dikatakan golongan yang lemah dan selalunya masyarakat memandang serong terhadap golongan sebegini...

KENAPA INI TERJADI???

Wahai sahabat handai, adakah ENGKAU terlalu sempurna? Memandang rendah Orang Kurang Upaya?
Adakah ENGKAU terlalu HEBAT di Dunia yang SEMENTARA ini?

Dimana tahap Kesedaran kita? Apa Sumbangan Kita? Sejauh mana Kesedaran kita terhadap MEREKA?

Aku tertarik dengan Iklan yang Dikata Tv, Kisah seorang OKU (Cacat Pendengaran dan Bisu). Begini ceritanya.... Pada suatu hari OKU tersebut pergi membeli barangan dikedai... Selepas selesai membeli barangan tersebut, OKU berkenaan pun keluar dari premis kedai.. Lalu OKU itu memegang Handphone dia. Ini kerana OKU itu ingin menghantarkan SMS kepada Rakan dia. Tiba-tiba, datang satu mahluk yang kononnya CUKUP sempurna DImata sendiri, MERAMPAS HANDPHONE OKU tersebut. BERKALI-KALI OKU ITU MEMINTA TOLONG, TETAPI SEORANG PUN TIDAK MENGENDAHKAN OKU TERSEBUT. Ini kerana MASYARAKAT TIDAK MEMAHAMI BAHASA ISYARAT OKU TERSEBUT....

ORANG KURANG UPAYA juga ada HAK MEREKA SAMA SEPERTI KITA.


APA SUMBANGAN KITA UNTUK MEMAHAMI MEREKA OKU YANG BERADA DIDALAM MASALAH DAN MEMINTA TOLONG DARI KITA?


Apa yang aku mahu cadangkan bahawa, Kita perlu tahu sedikit SIMBOL-SIMBOL OKU meminta PERTOLONGAN DARI KITA. MUNGKIN dengan sedikit kepahaman kita berkenaan simbol tersebut dapat membantu mereka secarang langsung mahupun tidak langsung.

Sekian sahaja Kempen Kesedaran OKU




Jun 14, 2014

Trip to Langkawi

Assalamualaikum wbt, kepada semua penbaca yang setia diharap juga anda semua sihat sejahtera hendaknya.

Entry kali ini ada 2, dalam erti kata lain 2 in 1 lah... Satu entry bertajuk Trip to Langkawi dan Satu lagi What make me Happy...

Entry pertama...

Trip to Langkawi

Trip kali ini agak berbeza, ini kerana aku dan rakan2 hanya plan dalam masa tiga jam dan terus je on ke Langkawi. Pada mulanya kami ingin ke Pulau Tioman. Tetapi setelah dikaji selidik semua, kami sepakat ke Langkawi. Langkawi adalah tempat yang aku tidak pernah jejak. Bajet untuk trip ini dalam RM400.. memang berbaloi. Jika anda pergi tanpa agensi..

Perjalanan bermula seawal 12am pada pagi rabu bersamaan 11/6/2014 dan sampai ke kuala perlis dalam pukul 7am hari berkenaan juga.Ok, setelah sampai ke Langkawi aku dan rakan2 sewa motor, ini kerana kami inginkan kelain sedikit pusing satu pulau dengan motor... baru lah AWESOME.


Setelah sampai ke tempat penginapan, aku pun jalan2 Pusing 1 Pulau dan sebelah petangnya pulan kami menaiki Kabel Car..


Memandang dan melihat keindahan ciptaan Allah SWT buatkan aku terpegun dan terpesona. Ombak yang terhasil daripada tiupan sang Angin, Laut Kebiruan dan pemandangan Sang Hijau cukup membuat aku terpesona.

Ini dapat memberi sedikit ketenangan jiwa dalam diri dan berasa sungguh bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang bertuah iaitu Langkawi.

Setelah hari kedua berada di Langkawi, pagi hujan lebat dan aktiviti kami disebelah pagi terbatas dan mungkin rezeki tak ada untuk melihat tempat2 lain seperti Telaga 7 dan Beras terbakar.

Setelah genap 2 hari bermalam disana, aku dan rakan2 pun pergi ke 1 tempat yang tidak asing lagi. Iaitu Haji Ismail Gallery, sebuah tempat yang cukup padat dengan cokelat dan barang2 Free Duty...



Ok, trip kali ini telah pun selesai sehari yang lepas dan ini antara wishlish aku pada tahun ini. Alhamdulliah sudah pun tercapai walaupun banyak rintangan dan halang yang dihadapi.


Jun 4, 2014

Lelaki Limited Edition

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Lelaki Limited Edition a.k.a LLE

macam mana nak cari lelaki jenis ini? Berdasarkan pendapat aku, LLE ini sukar dicari kerana limited atau terhad dan terlaku dipasaran. Ciri-ciri Lelaki Limited Edition

1: Taat & Angkur Perintah Ibu Bapa

2: Tidak merokok (ini paling limited dan payah nak cari, kalau kaum hawa dah jumpa lelaki tak merokok.. Please hold and tackle him)

3: Bangun pagi

4: Pandai memasak



#Lelaki jenis macam ini, mahukan pasangan mereka juga arif tentang memasak dan bukannya hanya pandai menunding jari sahaja.

*sumber gambar dari google

SELF-DISCIPLINE

Life teach you, that you’re capable Life teach you about you not good enough Life teach you about, this is possible For example, ...