Apr 1, 2014

Anda sudah WAKAF?

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Hari ini aku nak berbicara tentang wakaf? Apa yang anda tahu tentang Wakaf? Pasti tidak ramai diantara kita tahu apa itu wakaf dan apa objective utama wakaf tersebut.

Definasi Wakaf
Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanahbangunanrumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.

Macam mana nak wakafkan? Dekat website MAIS itu ada beberapa jenis wakaf 
Anda boleh pilih mana satu yang anda mahukan. Dan juga berapa yang anda mampu. Kalau aku, wakafkan guna Saham Wakaf Selangor yang Hanya bernila RM10.00 sesaham dan jika RM50 dapat sijil wakaf. Anda anda juga boleh mewakafkan mengunakan nama Ibu Bapa anda. Mudah je ikut arahan yang telah ditunjukkan. 

Apalah sangat RM10 itu, kita nie mampu makan McDonald, KFC,Beli Baju lah itu lah ini lah. RM10 pun tak mampu nak wakafkan. Kalau anda nak tahu, wakaf nie lah cara kita hendak berbakti dan dapat pahala. Almaklumkah kita nie manusia banyak dosa dengan cara wakaf kita dapat pahala. 

Dalam erti kata lain, Aku Mengajak Kamu semua mewakafkan sedikit harta.


No comments:

Post a Comment

SELF-DISCIPLINE

Life teach you, that you’re capable Life teach you about you not good enough Life teach you about, this is possible For example, ...