Apr 30, 2014

Musibah melanda

Assalamualaikum, 29/4/2014 adalah hari aku yang tak boleh lupa. Sebabnya masa nie aku kemalangan dan mujurlah diri tak apa.
Kisahnya
Semasa ingin membuat U-turn tanpa memberi signal ada motor dari arah belakang aku laju dan terus melanggar sesi pemandu (kereta) dan kerosakan kereta sebanyak RM500 ditambah pula motor RM500. Total dalam 1K, apa nak buat.. Benda nak jadi..

Apr 20, 2014

Be A Runner

Assalamualaikum, Be A Runner... Event nie first time aku join.. Nak kata Hebat tu tak jugak.. Biase2 je..
Maklumlah nak lepaskan tension serta jadikan hobi baru.. Heheh

Start dalam kul 7am  agak delay dari waktu yang asal.. So, takpe lah layankan je..

Event: Be A Runner
Place: Taman Tasik Titiwangsa
Date:20/4/2014

Ada Katogori Open Lelaki/Wanita 8Km, Fun For Charity 5Km dan ada juga untuk OKU (Orang Kurang Upaya). Madel bagi Open Race sebanyak 100 medal dan bagi Fun For Charity sebanyak 50medal sahaja

AKu biase lah #beginner dalam #runner tersebut, so aku punya 5km je. Semua peserta agak gempak termasuk aku sekali.. hahahha

Ahamdulliah dapat  aku dapat medal tengok gambar nie...


Muka habis penat dah..
Next target pulak mungkin Fun Run jugak.. Tapi register semua agak mahal.. Insyallah duit tu pasti ada.. 

Apr 18, 2014

Dedaun Emas

Assalamualaikum

Aku sungguh tertarik dengan lagu hasil dari Passanger, sangat penuh bermakna. Ianya menceritakan tentang yang dulunya bercinta dan kita hanya sebagai orang asing.

Kalau anda paham lirik berkenaan memang sungguh syahdu,

Pernahkah kau ingat saat pertama kali kita berjumpa?
Masa itu kita muda dan masih mentah tentang cinta,

Kita bagaikan dedaun dengan ranting, dan bila tiba masanya dedaun tinggal jatuh ke bumi.
Dan tinggal ranting.

Apa gunanya setelah semua telah berbicara?
Apa gunanya untuk melihat setelah mata tidak boleh dibuka?
Apa nak dibuat, setelah kita putus harapan?
Apa yang ada jika hati telah dirobek?

Dulu kita penuh dengan harapan, kini hanya tinggal angan-angan.
Dulu kita berjenaka tak kira masa, dan kini tidak lagi...

So, kita kena berbalik kepada Maha Pencipta dan teruskan berdoa

Apr 12, 2014

Perjalanan Ku

Assalamualaikum, selamat pagi.. Ok, hari nie nak bercerita kisah semalam yang kini hilang. Dua hari lepas, aku bersama girlfriend (my mom) bergerak ke Johor, JDT atas urusan yang berkaitan dengan tanah. Dari rawang aku gerak dalam pukul 6am dan sampai ke Johor dalam pukul 11 dua kali berhenti ke RnR dan tukar pemandu. Ok, nak cerita sedikit, aku bawak kereta taklah lagu sangat sbb kereta baru je lepas repair semua. Mak aku boleh hentam 120km/sejam. Wow, perempuan yang separuh abad dlm 49 bawak laju tanpa lesen. Dan aku tabik spring kepada mak aku. Power giler. Itu kisah pertama.

Setelah tiba dia Pejabat Tanah Kluang Johor, setel kan semua hal dan then we go to Kahang kg Ilham untuk melawat kebun yang telah lama ditinggalkan. Maklumlah Johor kan jauh. Selepas tu, Berkenan pulak dengan Baju sweater JDT, Kalau sisiapa berminat boleh pm aku


Boleh order terus ke twitter aku..

Kisah 2..
Terserempak dengan makcik nie, dia tanya kat aku

Makcik: "umor bpe dik baru lepas spm ker?
Aku: Ish, xdelah saya dah 25..
Makcik: Yeker? mudanya nampak dan hensem.
Aku: Kalau makcik tak bercaya, saya boleh tunjuk ic. Dan aku gelak kecil..

Tulah kisah dia..

Lagi 1, Baju JDT Grad A 45, butoh apa mahal nak mampus. Grad A je kot, Bukan Triple A.. 

Apr 3, 2014

Selain dari tin kosong,
jiwa kosong pun seiringan dengan tin-tin kosong dan kosong seangkatan.

Hari ini aku sendiri,
Sendiri yang tak pasti,
menlewati hari-hari,
Yang pasti aku sendiri

Hatiku keras seperti batu,
batu yang keras seperti intan,
namun lama kelamaan batu itu lembut
akibat dari titisan air yang mengalir

Apr 1, 2014

Anda sudah WAKAF?

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Hari ini aku nak berbicara tentang wakaf? Apa yang anda tahu tentang Wakaf? Pasti tidak ramai diantara kita tahu apa itu wakaf dan apa objective utama wakaf tersebut.

Definasi Wakaf
Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanahbangunanrumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.

Macam mana nak wakafkan? Dekat website MAIS itu ada beberapa jenis wakaf 
Anda boleh pilih mana satu yang anda mahukan. Dan juga berapa yang anda mampu. Kalau aku, wakafkan guna Saham Wakaf Selangor yang Hanya bernila RM10.00 sesaham dan jika RM50 dapat sijil wakaf. Anda anda juga boleh mewakafkan mengunakan nama Ibu Bapa anda. Mudah je ikut arahan yang telah ditunjukkan. 

Apalah sangat RM10 itu, kita nie mampu makan McDonald, KFC,Beli Baju lah itu lah ini lah. RM10 pun tak mampu nak wakafkan. Kalau anda nak tahu, wakaf nie lah cara kita hendak berbakti dan dapat pahala. Almaklumkah kita nie manusia banyak dosa dengan cara wakaf kita dapat pahala. 

Dalam erti kata lain, Aku Mengajak Kamu semua mewakafkan sedikit harta.


SELF-DISCIPLINE

Life teach you, that you’re capable Life teach you about you not good enough Life teach you about, this is possible For example, ...