Feb 14, 2014

Hari-Hari ku

Assalamualaikum,

Minggu nie agak kesibukan dan dapat interview daripada 2 company. Interview yang pertama adalah dari Pihak Loreal HQ.. Sebagai jawatan Customer Services Exec juga dan interview yang kedua sebagai Sales & Marketing Exec dari Company Liqua Health.


Dan sejam selepas interview pertama, pihak dari Loreal call, mereka suruh lapor diri pada 17/2/2014. Tapi selain daripada memegang jawatan Customer Services Exec, aku juga merangkap assistant project bagi satu project besar yang Loreal buat. Iaitu, how to save cost of delivery Loreal product to Client. Aku macam terdiam, sebab ini Big project, walaupun aku hanya kerja sebagai contract kat situ, tapi comfrm Pihak Loreal High expectation on me. project tu diberi masa selama 6bulan, dan dalam masa tiga bulan pertama, mereka mahu lihat presentation daripada aku. Sebenarnya berat hati juga, tapi aku akan cuba yang terbaik untuk menunjukkan yang aku boleh.


Dan esok aku ada test in Safety Passport Oil and Gas kat Niosh, dan harap berjaya dan dapat safety passport itu. Lepas itu nak cuba company oil and gas.

Dan, Aku harap aku mampu mencipta sejarah.

Mulanya disini by FREEDOM

Wasalam

Feb 11, 2014

Aku TAKUT, Aku RIAK

Assalamualaikum, Selamat pagi, maklumlah aku buat entry nie waktu pagi ketika sedang menonton televisyen.

Tajuk kali ini agak lain sedikit, iaitu Aku Takut, Aku Riak... Pernah jugak terfikir, dulu aku boleh dikatakan memiliki kerja yang agak bagus bagi aku. Sebab beberapa bulan lalu aku kerja sebagai Maybankers. Kemungkinan sebab terlalu riak dan bangga diri ataupun rezeki takde kat situ.



Sesugguhnya, aku takut bila aku Riak. Aku takut bila aku kaya dan jadi riak. Aku takut bila aku belajar tinggi dan Riak.

kadang-kadang kita tak terfikir yang kita memiliki sifat riak.
Contohnya "Aku belajar tinggi mana sepadan dengan kau yang takde pendidikan langsung"

tu sifat riak,

Jadi kesimpulannya, janganlah kamu riak jika lihat diri tu maju sedikit dari orang lain.

Firman Allah dalam surah al-Ma'unayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Feb 7, 2014

#Respect #Hormat

Assalamualaikum, tajuk hari ini adalah hormat, hasil dari idea semasa balik dari kerja.

Siapa tahu apa definasi sebenar #Hormat ? Mungkin ada diantara kita tahu definasi tersebut dan tak kurang juga yang tidak tahu maksud sebenar hormat.

Berdasarkan Dewan Bahasa &  Pustaka #Hormat atau #Respect di katogorikan sebagai

Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzimsopan santunkhidmat;,
Kata Terbitan : berhormat,menghormatiterhormat,kehormatkehormatan,penghormatanpenghormat,


Kalau nak ditafsirkan memang agak payah sebabnya ia memerlukan kata-kata yang boombastik dan fantastic. .

Dalam erti kata yang mudah difahami, hormat ini adalah salah satu keperibadian yang wajib ada pada semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja orang tua, malahan juga hormat perlu dipupuk semasa dari zaman kanak-kanak lagi.

Tak kira di mana kita berada, perasan atau keperibadian Hormat itu perlu ada, contohnya "kita melihat pengemis yang berkeliaran disekitar Kuala Lumpur, walaupun mereka itu pengemis, kita sebagai manusia yang cukup segalanya (walaupun ada cacat celah yang kita tak nampak dimata" wajib ada sifat hormat pengemis itu"

Menjadi seorang muslimyang ingin berjaya didunia dan akhirat, kita perlu ada rasa hormat kepada orang lain, walaupun orang itu orang yang biasa-biasa sahaja. 



Feb 1, 2014

Robocop sound 2014

Assalamualaikum, kenapa tajuk Robocop?

Ini adalah kerana aku telah menyaksaksikan 2kali Robocop pada 30Jan dan 31Jan dua hari berturut-turut.

Pada 30Jan tu, aku telah berjanji dengan Ibu dan adik aku, bahawasanya yang aku akan bawa mereka menyaksikan tayang yang telah dijanji-janjikan selama ini.

Dan pada 31Jan juga, aku telah berzanji,(hahah) berjanji dengan sahabat hendak tengok bersama dan alhamdulliah dua-2 janji dapat aku tunaikan walaupun dalam keadaan Demam yang agak Critical.

Mau tak critical. tengok wayang pakai sweater,stokin, makan panadol dan minum air cap badak. sebenarnyan demam tu dah start dari 29Jan dan sampai kehari nie masih lagi tidak baik. Isnin akan memulakan kerja semula, harap2 demam kebah secepat mungkin. Insyallah Barakallah

Siapa yang tak suka Robocop? Nie zaman aku kot, dulu tengok rocop dekat NTV7 tu Robocop bersiri dan aku adalah peminat utama. Dan sampai adakalanya ketika itu, percaya bahawa aku seorang Robocop yang sama macam dalam tv tersebut. Contohnya berjalan macam robocop sambil mengeluarkan bunyi. Nak dengar bunyi macam mana? try click kat bawah..



Ini antara mainan yang aku ada waktu kecik2 dulu


Sebenarnya siapa yang tahu tajuk lagu yang Murphy minat tu??? Dah puas cari tapi masih tak jumpa...

#sekian


SELF-DISCIPLINE

Life teach you, that you’re capable Life teach you about you not good enough Life teach you about, this is possible For example, ...