Sep 16, 2013

Selamt Tinggal Bachelor Student and Internships

Assalamualaikum semua, apa kabar..

Entry kali ini hasil dari Idea yang tengah bosan lalu aku pun mengarang sebuah entry.. (Tajuk baca sendiri)

Minggu ini merupakan saat-saat akhir aku Internship a.k.a Practical di Industry Media Communication iaitu Berita TV9 (News & Current Affairs TV9) sebagai Admin yang menguruskan semua Staff dan juga Stringer Claim. Nampak macam mudah, tetapi tidak mudah disangka...

Banyak juga kenangan manis dan pahit, itu pekara biasa apabila bergelar Student Practical.. Ye kan?

Kenangan manis antaranya dapat berkenalan dengan orang Media, dapat tengok artis yang tak beberapa lawa.. (hehhe) dan yang dan yang paling penting dapat menimba pengalaman yang agak baik.

Sebab nak dijadikan cerita, sebelum Intern aku ada mintak untuk TV Al-Hijrah tapi tak dapat mungkin bukan rezeki di sana. Lepas itu, try2 Media Prima dan akhirnye dapat pangilan dan suruh lapor diri tanpa temuduga bagai...

Dan sebelum habis Intern juga dapat satu tawaran yang masih sampai sekarang binggung, tawaran yang aku dapat juga berkenaan dengan Bank iaitu Public Bank mungkin rezeki dekat Bank...

Pada 20/09/2013 maka tamat lah aku bergelar Bachelor Student dan diberi Gelaran Siswazah Graduan (yeker?)

Sekarang tengah try2 nak cari kerja tetap pula, dan masih menunggu pangilan dari semua Intitusi Perbankkan..Bank juga... Di mana ada jalan di situ ada jalan.. Dan aku serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa, Allah SWT.. Dia yang memberi rezeki..



No comments:

Post a Comment