Aug 13, 2012

Pengawal Keselamatan.

Assalamualaikum...

Tajuk entry kali ini adalah berkenaan tentang pengawal keselamatan.


Pengawal Keselamatan?

Ada diantara kita memandang rendah golongan perkerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Bagiku perkerjaan seperti pengawal keselamatan adalah satu perkerjaan yang Halal dari hukum syarak dan tidak perlulah memandang Hina tentang perkerjaan itu.




Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”


Riwayat At-Tabrani


Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam. 

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.




Di sini admin ada menemu ramah rintahan seorang insan yang bergelar Bapa yang ingin mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi untuk anak-isteri beliau.

Azman (Bukan nama sebenar)

Assalamualaikum, pakcik nak mengucapkan beribu terima kasih kepada admin kamiold.blogspot.com kerana sudi menemu ramah pakcik.

Saya Azman, seorang bekas tentera yang telah pencen, bagi mencari duit poket lebih untuk keluarga pakcik dan juga sumber rezeki yang halal. Pakcik telah memilih berkerja sebagai Pengawal Keselamatan.

Pekerjaan pakcik sebagai pengawal keselamatan, selalu di pandang hina oleh sesetengah masyarakat di sekeliling pakcik ataupun dengan bahasa yang lebih elok sikit adalah Dipandang Rendah.

Pakcik tidak kisah tentang apa yang orang nak berkata tentang pakcik, biasalah mulut manusia nie kita tak boleh tutup melainkan tuan punya badan itu sendiri yang senyap. Pakcik juga tidak kisah apa orang nak kata, janji pakcik mencari rezeki untuk anak dan isteri dengan cara yang Halal.

Tammat-

Saya sebagai admin rasa agak kecewa dengan masyarakat yang suka memperlekihkan dan sikap manusia yang hanya pentingkan darjat serta pangkat. Bagi admin, perkerjaan Pakcik Azman itu adalah jalan yang terbaik bagi beliau, ini kerana memandangkan Pakcik Azman tidak lah memiliki diploma ataupun Ijazah. 

Siapalah kita nak hina seseorang itu, admin tertarik dengan satu pepatah iaitu "Hukum Karma".

Ingatlah, mungkin hari ini kita berasa selesa berada di atas, tidak mustahil esok atau lusa kita berada di bawah.



#Fikir-fikirkan lah...





3 comments:

  1. http://peaceder.blogspot.com/.. follow me back

    ReplyDelete
  2. xkisah ape pun pekerjaan as long as halal disisi Allah s.w.t

    yg xtaw nak hargai tu biarla dorang.. btul kata Pakcik Azman, mulut manusia mmg ssh nak tutup..

    ReplyDelete
  3. pengawal keselamatan pun ade hati dan perasaan. kerja mereka kadang2 lagi mulia daripada yang suke pandang rendah tuh ;)

    ReplyDelete