Jul 19, 2012

Hanya Allah saje tahu Siapa Jodoh kita


Ya Allah,
Bahawasanya Engkau Maha Mengentahui apa yang tersirat lagi tersurat,
Engkau damaikan hati yang tidak tenteram ini,
Engkau campakkan sinar ketenang di dalam Hati ini.
Semoga aku tidak hanyut di arus kesepian.
Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang aku impikan.



Tahun ini adalah tahun kedua aku dalam University, sebelum ini pernah juga hati ini di ketuk oleh seseorang insan yang bergelar wanita. Beberapa tahun kemudian setelah lama mengikat janji-janji bercinta akhirnya “Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari” cinta itu tidak kesampaian. Aku selalu mengharapkan Jodoh yang baik untuk ku, walaupun aku bukan lah orang yang baik-baik malahan selalu lupa mengamalkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Menjadi persoalannya, adakah calon isteri aku di kalangan baik-baik? Ya atau tidak? Persoalan itu selalu bermain di mindaku. Tapi aku yakin pada ketentuan Ilahi kerana apa yang Dia berikan adalah terbaik untuk umatnya.

 

Di zaman globalisasi yang serba moden, agak sukar menemui cinta sejati, lagi-lagi percintaan IT. Percintaan IT ini kadang kala ada baiknya, dan kadang kala juga banyak keburukannya.

Aku sebagai lelaki yang tidak pernah lupa aka nasal usul diri ku ini, dilahirkan bukan di kalangan anak orang kaya dan selalu menyendirkan diri jika ada saja masalah yang menimpa. Dan bila ditanyakan Jodoh, perkataan Jodoh itu selalu bermain di minda ku, Siapakah yang bakal aku miliki? Adakah ilmu di dada sudah cukup untuk membina rumah tangga?

Sebagai lelaki, kita seharusnya fikir apa yang bakal mendatang, adakah aku sudah sedia atau pada dasar nya tidak.

 

Kata bapa ku, “perkahwinan ini bukannya satu pekara yang boleh di buat main, ianya perlu cukup dari segi akal, kewangan dan ketahanan mental dan juga fizikal. Bukannya senang untuk mendirikan rumah tangga, abah dulu merantau dari sabah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari satu perkerjaan yang lebih baik dan mencari jodoh. Akhirnya terpikat la dekat emak kau” begitu la kata bapaku kepada ku.

 

Lalu aku pun berfikir, memang betul kata bapa ku itu, selain dari Akal, kewangan dan juga ketahanan mental serta fizikal, Ilmu tentang agama dan rumah tangga juga penting. Kerana itu la kunci utama kebahagian di dalam rumah tangga itu sendiri.

 

Berbalik pada cerita aku ini, bukan sebab kekasih lama aku yang minta putus bahkan aku sendiri meminta putus. Setiap kali selesai solat magrib, aku selalu memohon kepada Allah. “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang di hadapan ku dan apa yang di belakang ku, Jika Benar jodoh ku dengan dia, maka engkau satukan kami, jika tidak maka engkau jauhkan kami”  Itu la doa yang aku selalu doakan, akhirnya Allah memutuskan perhubungan kami berdua.

 

Senjak dari itu, sehingga hari ini aku tetap mencari apa itu Jodoh bagi ku. Aku tidak pernah lelah ataupun penat mencari. Kerna bagi ku Jodoh itu rahsia Allah, rahsia Allah kepada umatnya supaya umat nya mencari keredhaan itu dan terima apa yang telah di takdirkan. Aku tertarik dengan artikal yang menyatakan bahawanya “Jodoh telah ditentukan oleh Allah senjak kita berumur 4bulan di kandungan Ibu” .


Semasa di IPT, aku terpikat dengan seorang gadis ini, lalu aku membuat solat istikarah meminta petunjuk daripada Allah, adakah dia jodoh ku. Namun pada akhirnya, dia bukan jodoh ku. Tapi itu, tidak memutuskan semangat aku untuk terus mencari dan mencari siapa jodoh ku ini.

Dengan kesibukan belajar, aku juga dalam memperbaiki diri supaya dapat menjadi insan yang berguna kepada Agamaku, Bangsaku dan juga Negara ku tercinta.

 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang aku idamkan, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada mu Ya Allah….


#hanya rekaan :)

12 comments:

  1. smoga awak bertemu jodoh yg baik.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. hari itu akn tiba jua..insyallah...
    nk cri jodoh yg sesuai bkn sng...
    bkn cm pilih bju...
    so, smoga bjaya...

    ReplyDelete
  3. jodoh itu rahsia Allah.
    Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :)

    ReplyDelete
  4. Selain mencari jodoh, kite kne berdoa jugak kan :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Insyaallah ... awk akn bertemu dgn jodoh awk nanti....cuma cepat atau lambat je..... Selamat menyambut bulan Ramadhan =]=]=]

    ReplyDelete
  7. Awk jgk.. Klu nk kawin nt.. Jgn lupa jemput taw

    ReplyDelete
  8. intresting :) jmput singgh blog sy ye :)

    ReplyDelete