Jul 13, 2012

Boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu



"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Assalamualaikum, berdasarkan ayat di atas jelas menyatakan bahawasanya, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu"

Pernahkah anda berfikir sejenak...

Kenapa anda dilahirkan bukan dikalangan orang berada?
Kenapa anda selalu di datangi masalah? 
Kenapa hingga kini anda tidak mempunyai teman sehidup?

Sememangnya kita sebagai manusia tidak pernah lekang dari melalukan masalah. selagi nyawa di kandung Badan kita masih berkemsempatan untuk memohon kemaafan dari Pencipta kita iaitu Allah SWT.



Saya ambil satu ayat di atas iaitu Kenapa anda selalu di datangi masalah? 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Ayat diatas jelas menyatakan bahawasanya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Allah itu Maha Adil, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya.

Kita hidup di dunia ini, hanya sementara, tidak perlulah bermegah-megah jika anda kaya, tidak perlu mengunakan kecantikan anda untuk memperdayakan orang di sekeliling anda. 

Hidup ini umapama Roda, kadang-kadang kita berada di Atas... Kadang-kadang juga kita berada di bawah.

Saya ambil petikan di atas juga, Kenapa hingga kini anda tidak mempunyai teman sehidup?



Ada yang meratap menangis sampai bermalam-malam kerana putus cinta, tahukah anda bahawanya cinta manusia itu memang tidak kekal lama melainkan cinta kita pada Pencipta kita iaitu Allah SWT.

Saya juga pernah rasa kecewa disebabkan cinta, tetapi apabila di fikirkan balik, ada baiknya juga sebab Allah SWT memberi kita peluang hidup untuk meluahkan masa beribadat kepada Nya. 

Cinta itu milik Allah SWT, ia boleh berikan cinta kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Usahlah risau, resah gelisah jika teman-teman anda sudah memiliki cinta mereka, sedangkan anda tidak. "Jodoh itu, Rahsia Allah"
Kita perlu memohon Doa kepadaNya supaya percepatkan jodoh kita.

Satu je kita kena ingat Allah lebih berkuasa. Kerana dia Maha mengetahui apa yang di hadapan Kamu dan juga di belakang kamu. 

Ramadan hampir tiba, berdoa lah kita supaya masih ada ruang untuk kita bertemu Ramadan yang akan mendatang ini. Mungin ini ramadhan kita yang terakhir, sebab kita tidak boleh menjangka bila kita akan mati. Mati juga Rahsia Allah.. 

#saya bukan lah ustad yang belajar Ilmu-ilmu agama, tapi kita sebagai manusia sentiasa ingat meningati antara satu sama lain.



10 comments:

  1. saya suka entry awk...Terima kasih kongsi....... =]=]=]

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. ilmu itu untuk dikongsi bersama

      Delete
  2. nice one . best baca . so same2 la kita jadi hamba Allah yg diredhai :)

    ReplyDelete
  3. new things to read!!

    ReplyDelete